INDEKS
SEJARAH STAF VISI BENDERA
LAGU ORGANISASI KURIKULUM KOKURIKULUM
UPSR      

 

PERANCANGAN STRATEGIK

 

1.    Mewujudkan rasa cinta dan sayang kepada sekolah, agama, bangsa dan negara.

2.    Menanamkan rasa tanggungjawab dan kecenderungan terhadap ilmu, diri sendiri, agama, bangsa dan     .

      negara.

3.    Meningkatkan disiplin kendiri murid-murid, guru-guru dan kakitangan melalui penyemaian dan pengukuhan 

      nilai, sikap dan tabiat yang positif, bertolak ansur dan berkerjasama dalam suasana kekeluargaan.

4.    Memberi peluang dan kesempatan pendidikan yang sama kepada semua murid secara adil dan saksama.

5.    Mengadakan hubungan yang baik, rapat, harmoni dan kerjasama dengan sekolah-sekolah, jabatan -

      jabatan lain dan masyarakat setempat.

DASAR SEKOLAH 

 

1.    Mematuhi dan melaksanakan perintah dan dasar-dasar Kerajaan Malaysia

2.    Menjalankan dan menyempurnakan perintah dan arahan kerajaan dalam usaha melaksanakan Dasar

      Pendidikan Kebangsaan.

3.    Melaksanakan dasar dan arahan Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan cekap

      sempurna dan kemaskini.

4.    Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid untuk menimba dan mengembangkan bakat secara

      terancang dan bersengaja.

5.    Memastikan kebajikan dan hak murid untuk belajar terpelihara.

6.    Mewujudkan iklim sekolah yang sempurna dan kondusif untuk proses pendidikan.

7.    Melaksanakan sistem dan pengurusan yang terancang, cekap serta produktif untuk memberikan

      peluang yang optimum.

8.    Memberi peluang kepada guru dan kakitangan mengembangkan ilmu, mengasah bakat, menimba

       pengalaman dan tugas secara profesional.

 

VISI

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GADING AKAN MENGHASILKAN MURID-MURID

YANG MEMPUNYAI TAHAP PENDIDIKAN  YANG CEMERLANG SEPERTI INSTITUSI LAIN

YANG LEBIH ISTABLISHED.

 

MISI

 

  Misi Sekolah Kebangsaan Seri Gading dapat dicapai melalui :-

1.    Peningkatan taraf pencapaian murid dalam bidang akademik dari segi kualiti dan kuantiti.

2.    Kejayaan yang dibanggakan dalam bidang ko-kurikulum.

3.    Murid yang memiliki disiplin yang tinggi dan boleh dicontohi.

 

MATLAMAT

 

1.    Mencapai kelulusan di dalam peperiksaan UPSR dengan sekurang-kurangnya 75% lulus kesemua

      matapelajaran dengan 4 calon mendapat 5A.

2.    Meningkatkan prestasi kelulusan dan penguasaan mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik

      setiap kelas.

3.    Meningkatkan prestasi dalam ko-kurikulum johan peringkat daerah - dua pertandingan.